Monday, January 25, 2016

Asam Pedas Ikan Jenahak

Assalamualaikum...



Sebelum ni saya pernah post resepi, Asam Pedas Ikan Merah. Hari ni saya nak berkongsi resepi Asam Pedas Ikan Jenahak. Secara dasarnya, resepi kedua-dua asam pedas ni, lebih kurang sama je. Yang membezakan ialah jenis ikan. Dan ada sedikit perubahan yang saya buat dalam kaedah memasak. Tapi, sama je. Kedua-dua cara tetap menghasilkan asam pedas yang sangat lazat.



Ikan jenahak juga, amat sesuai dimasak asam pedas. Isinya manis dan kulitnya sedikit tebal. 


Bahan-bahan

3 keping ikan jenahak (saiz besar). 
2sb asam jawa (bancuh dalam setengah mangkuk air)
4 batang bendi (belah sedikit di tengahnya)
Sebiji tomato (belah empat)
Secekak daun kesom (dalam 12 tangkai, agak-agak)
Garam dan gula (mesti ada rasa masin dan manis)
Air secukupnya

Bahan Kisar

16 tangkai cili kering (gunting, rendam dan buang biji)
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
Sedikit je air untuk kisar. Jangan guna banyak.


Cara-cara

Panaskan minyak (dalam 5sb) dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sampai naik minyak. 



Masukkan air asam jawa. Kacau sampai naik minyak.



Masukkan ikan, tomato dan bendi. Kacau sekali sekala sehingga ikan dan bendi masak. Kalau nampak agak kering, boleh tambah air. 



Masukkan daun kesum dan boleh tabah air ikut kadar kepekatan yang disukai. 



Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih.


Boleh dihidang panas-panas.



Sekian.

No comments: