Wednesday, February 18, 2015

Ambal a.k.a Pepahat Goreng Kunyit

Assalamualaikum...
 
Hari tu selepas merajinkan diri mencari stok makanan laut di Telok Panglima Garang, terjumpalah pula dengan Ambal a.k.a Pepahat. Entah kenapa, rasa macam okey je harga ambal ni. Dah le tu si ambal ni nampak besar-besar. Justeru, saya pun terbelilah ambal 1kg ni.
 
 
 
Makanan laut jenis siput dan cengkerang, memang tak sesuai disimpan lama dalam peti sejuk. Maka, ambal ni terus je dimasak pada hari yang sama juga. Kali ni saya masak, Ambal Goreng Kunyit hehehehe..
 
 
 
Bahan-bahan
 
500gm ambal (cuci dan tos)
1/2 bawang besar (hiris)
1 batang cili merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
1/2 sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa
 
Cara-cara
 
Panaskan 2 sb minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan hirisan sehingga naik bau.
 
 
 
Masukkan ambal, serbuk kunyit dan garam.. Kacau sebati, agak-agak sampai ambal masak. Ambal ni akan keluarkan banyak air, jadi susah nak goreng kering (memang akan berair). Petanda ambal ni masak, bila makin banyak ambal tertanggal dari kulitnya.
 


 
 
Kejap je masaknya. Boleh hidang panas-panas (of course!)
 
 
sepinggan ambal goreng kunyit &
sepinggan ambal goreng berlada hehehe
 
 
Sekian.

No comments: