Saturday, December 6, 2014

Ayam Roasted Kicap Awesome (ala masak kicap)

Assalamualaikum.



Selalunya saya masak roasted chicken adaptasi resepi Barat. Tapi hari ni saya nak kongsikan Ayam Roasted Kicap citarasa tempatan. Bahan-bahan yang saya gunakan, lebih kurang macam resepi Ayam Masak Kicap. Bezanya method memasak. Yelah, Ayam Masak Kicap digoreng dan ditumis. Resepi inovasi ini menggunakan method pembakaran di dalam oven. 

Hasilnya, memang sedap sangat. Dah dua kali saya masak resepi ni, cuma tak sempat nak kongsi. Kali pertama saya guna bahagian ayam yang dipotong kecil, kali ini saya gunakan ayam quarter dan tentunya quarter leg kegemaran keluarga. 

Bezanya juga resepi ini dengan resepi-resepi Barat, resepi ala masak kicap ini hasilnya berkuah. Justeru, sesuai dimakan dengan nasi. Tapi, kalau nak makan lauk sahaja pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing. 

berkuah

Untuk kemeriahan berganda, boleh tambah kentang dan juga lobak merah. 

Resepi ini sangat mudah. Campak-campak sesuka hati. Must try! Anda pasti akan suka dengan hasilnya. Bukan anda sahaja, seisi keluarga juga. 


Bahan-bahan

3 keping quarter leg
1/2 cawan kicap manis
1sb sos tiram
1 labu bawang besar (potong bulat)
2 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 inci halia (hiris nipis)
1 batang cili merah (hiris)
1 batang lobak merah (potong sesuka hati)
1 biji kentang saiz besar (potong 8)
sedikit daun sup (hiris)
sedikit lada sulah
sedikit serbuk perisa/cukup rasa/pati ayam(kalau suka)
sedikit garam dan gula 
(kalau suka masak kicap yang manis, lebihkan gula)


Cara-cara

Letak ayam dalam bekas/loyang pembakar. Renjis sedikit minyak (minyak zaitun pun ok sangat). Lepas tu tabur jelah semua benda-benda kat atas tu. Akhir sekali renjis minyak sedikit lagi. 



Panaskan oven 200 darjah selsius. Bakar selama 50 hingga 60 minit. Ikut kepada tahap panas oven yang tidak pernah sama.



Hasilnya memang mengagumkan.



Sekian.  

No comments: