Sunday, September 29, 2013

Roti Arab cicah Kari Kambing..



Sebelum ni saya pernah post entry Step-by-step Roti Arab. Entry tu saya masak Roti Arab cicah dengan rendang. Hari ni saya buat Roti Arab lagi. Tapi kali ni dengan Kari Kambing. Dan kali ni juga saya buat satu adunan sebab takut tak cukup. Almaklum, kari kambing yang dagingnya berlemak-lemak perrghhh...

Buat Roti arab ni takdelah susah. Cumanya nak kena rajin sebab uli sendiri. Tapi tak susah ulinya, kejap je. Tak sakit tangan pun. Resepi yang sama saya ambil dari Sofinar di MyResepi. 

Bahan-bahan

2sb mentega
2sb minyak masak
2sb gula
300ml air suam
6gm yis (lebih kurang 2sk)
500gm tepung gandum

Cara-cara

Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam.




Tepung digaul dengan yis.




Campur kesemua bahan dan uli hingga kental dan licin.






Perap satu jam dalam plastik atau bekas kedap udara.




Selepas sejam, uli semula dan bahagikan doh kepada 18 bahagian. Bulat-bulat.


selepas sejam



Panaskan minyak. Canai doh nipis 0.4cm. Goreng dengan minyak banyak. Tunggu roti kembung baru terbalikkan. Angkat dan toskan.






Nota:  Gorenglah roti apabila kari kambing telah masak. Jadi, boleh makan panas-panas.

Mari sediakan Kari Kambing pula. Resepi ni saya inspirasikan daripada Dapur Mat Gebu. Cumanya, saya permudahkan lagi serta kurangkan sedikit bahan. Saya juga buat kari tanpa santan. 

Bahan-bahan

500gm daging kambing
1 biji kentang (boleh letak 2  biji kalau suka) - potong 4
1 biji tomato - potong 4
1 keping asam gelugur
sepeket rempah kari daging Babas - gaulkan dengan 1 cwn air

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah (saiz sederhana)
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan Tumis
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

minyak masak secukupnya (kena letak lebih sikit supaya tak kering, almaklum tak guna santan)
garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sehingga layu dan naik bau.




Masukkan bahan kisar. Kacau sehingga masak dan naik bau.




Masukkan rempah kari babas dan kacau lagi sehingga mendidih. Masukkan daging. Masukkan tomato dan asam keping. Kacau sesekali sehingga daging masak. Boleh tutup tudung periuk tapi jangan lupa kacau sekali sekala. kalau terlalu kering boleh tambah air dan tambah sedikit minyak.




Masukkan kentang dan garam secukup rasa. Juga boleh masukkan sedikit air. Kacau sesekali sehingga kentang masak.






Maka, masaklah kari kambing. Sila hidangkan dengan Roti Arab yang digoreng panas-panas.





Makan sehingga badan terasa panas.

Sekian.

2 comments:

Unknown said...

kari kambing memg umph!

weezana said...

tak leh makan banyak2.. panas.. hehehe...