Saturday, June 1, 2013

Perjalanan ke Sulawesi Utara.. `Si Tou Timou Tumou Tou' Part I

Tanggal 27 Mei 2013, saya memulakan perjalanan ke Manado, Sulawesi Utara. Perjalanan ini bukan bertujuan melancong sebaliknya saya akan menghadiri Sidang Kemuncak Media Asia (Asia Media Summit) anjuran AIBD. Ini merupakan pertama kalinya saya menyertai persidangan anjuran AIBD. Penerbangan saya dari KLIA ke Sam Latulangi, Manado akan menggunakan penerbangan SilkAir yang mana saya akan transit di Lapangan Terbang Changi, Singapura. Ini juga merupakan kali pertama saya akan menaiki pesawat Singapura, menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Changi yang terkenal dengan kesibukannya serta melangkah buat pertama kali di Sulawesi Utara. Perjalanan ini penuh dengan pengalaman dan pengetahuan yang baru buat saya.


Sulawesi Utara yang kaya dengan keindahan alam

Meskipun saya akan menempuhi perjalanan serba baru di negara orang, namun saya tidak berasa gusar kerana saya masih berada dalam kepulauan rumpun Melayu. Tambahan pula, perjalanan kali ini saya akan ditemani oleh rakan sekerja yang bertugas di Minnalfm iaitu Kumaran. Malah pada hari kedua di Manado nanti, kami berdua akan disertai oleh dua lagi pengarah iaitu Dato' Adilah dan Dr. Rita Nawiyah.

Penerbangan awal pagi jam 7.35 pagi dari KLIA ke Changi, Singapura mengambil masa kira-kira 50 minit. Dalam pesawat pagi ini saya diberikan akhbar New Straits Times (Singapura). Kali ini juga saya tidak membelek `Going Places' terbitan MAS Airlines, sebaliknya saya membaca `Silkwinds', majalah terbitan SilkAir. 



Penumpang juga dihidangkan jus semasa penerbangan yang singkat ini. 


Epal Jus tanpa kacang


Jam 8.30 pagi, kami berada di Changi International Airport. Transit di sini, kami harus menuju ke pintu yang lain untuk bertukar kapal terbang. Berjalan di Lapangan Terbang Changi, mengingatkan saya pada Chicago O'Hare International Airport. Besar, luas dan sibuk. Saya dan Kumaran terpaksa berjalan laju untuk ke pintu yang seterusnya. Berjalan kaki (tanpa mempedulikan kesibukan sekitar) mengambil masa hampir 25 minit. 


17 minit lagi....

14 minit lagi fuhhhh...

Di pintu penerbangan yang berikutnya, kami hanya sempat duduk selama 10 minit sebelum diarah menaiki pesawat. Kali ini perjalanan agak panjang iaitu selama kira-kira 3 jam 50 minit. Saya habiskan masa dengan membaca novel yang saya bawa. Penumpang yang duduk di sebelah saya merupakan Timbalan Ketua Pengarah dari TV Nepal. Dia juga ke Manado untuk menghadiri persidangan yang sama.

Ketibaan kami di Lapangan Terbang Sam Ratulangi, Manado disambut dengan hujan renyai-renyai. Waktu pada telefon bimbit menunjukkan jam 2.35 petang. Nampaknya tidak ada perbezaan masa di antara Kuala Lumpur dengan Manado.


Telefon tak detect Manado tapi detect Denpasar.. haih...

Sewaktu berjalan ke pintu keluar, barulah saya perasan rupa-rupanya hampir separuh penumpang dalam pesawat merupakan delegasi yang akan menyertai AMS 2013. Justeru, urus setia AIBD telah siap sedia menunggu kami semua dengan dua buah bas. Sebuah untuk ke Novotel Hotel dan sebuah lagi untuk ke Swiss-Belhotel Maleosan. Saya dan Kumaran menginap di Swiss-Belhotel. 




Perjalanan ke hotel mengambil masa kira-kira 30 minit. Alhamdulillah sehingga kami diberi kunci bilik segala-galanya berjalan dengan mudah dan lancar.


Swiss-Belhotel Maleosan, Manado

Kumaran dan kawan baru dari Fiji di kaunter check-in

Beg dan Tag

air soda hijau


Paling menggembirakan, setiap kami mendapat bilik yang luas dan cantik.




Menerusi jendela kaca bilik, saya dapat melihat pemandangan Kota Manado yang di kelilingi oleh gunung-ganang. 




Dan saya menghabiskan hari dan malam pertama di Sulawesi Utara ini dengan makan Ayam Goreng Lalapan. Saya order di bilik sahaja sebab dah tak larat nak turun ke Cafe hotel. 


membiasakan diri dengan kadar tukaran wang.. 

Ayam Goreng Lalapan


Bersambung Part II.

4 comments:

Yong Is My Name said...


hi Emilia..

baru baca kisah Manado kat sini & macam ada persamaan?
http://mamatiamia.blogspot.com/

best...

weezana said...

Haah Yong,

Sama conference tu :)

Unknown said...

Patot ku cari resepi kek baru x ade...berkonperense upanya...x amik ke resepi ayam lalapan ni...seperti.nya sgt sdp...hehe

weezana said...

hahaha.. camner la nak mintak.. makan pun kat hotel..