Wednesday, April 17, 2013

Ikan Siakap Masak 3 Rasa



Teringin nak masak Siakap 3 Rasa. Sebabnya, Siakap 3 Rasa memang merupakan antara menu kegemaran kami sekeluarga. Tapi sebelum ni tak pernah masak sendiri. Jadi, teringin sangat nak masak sendiri. Kebetulan dalam peti sejuk ada ikan siakap. Maka, inilah masa paling sesuai untuk masak Ikan Siakap 3 Rasa.

Hmm.. Agak remeh juga nak masak Siakap 3 Rasa ni. Sebabnya macam-macam juga bahannya. Tapi berbaloi juga sebab memang sedap. Mr. Hubby suka, Hasya suka dan saya pun suka. Tapi serius memang banyak bahan hehehehe... Oleh kerana siakap tak mahal sangat harganya, jadi baik buat sendiri daripada makan di restoran. Boleh makan banyak (buat ler 2-3 ekor) dan boleh jilat tulang-tulangnya sekali hehehehe...





Bahan-bahan

Seekor siakap (bersihkan) 
Tepung jagung secukupnya
Sedikit garam

1 biji bawang besar/bawang merah besar (potong dadu) 
3 ulas bawang putih (titik) 
1 inci halia - hiris
1 batang serai (titik)

5 batang cili padi - potong kecil
1 biji tomato -potong dadu
2 batang cili merah (hiris)
nenas dalam tin - potong kecil (kalau beli yang bulat-bulat tu, gunalah dalam 3-4 keping)



                                                                                                                                   
2sb sos tomato
2sb sos cili
1sb sos tiram
1sb sos ikan
sedikit air

5 helai daun limau purut (hiris halus)
sedikit daun sup (hiris kecil)
gula dan garam secukupnya


Cara-cara

Lumurkan sedikit garam pada ikan. Salut dengan tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. 

Panaskan sedikit minyak. Tumis halia, cili padi, serai dan bawang putih sehingga berbau wangi.




Masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, sos tiram dan sedikit air (boleh guna air jus nenas dalam tin tu). Kacau seketika.




Masukkan bawang besar, nenas, tomato dan cili merah. Kacau sekata. Kalau perlu lebih kuah, tambah sedikit lagi air. Tambah garam dan gula secukupnya dan letak daun limau purut.




Biarkan mendidih dan dah masak le tu. Tabur daun sup. 




Tuang kuah sos ni atas ikan.




Nampak sedap kan? Memang sedap tau. :)




Sekian.

6 comments:

~pokok.rimbun~ said...

Blog akak memang untuk orang yang suka makan macam saya! Terbaik...

Untuk semua yang suka makan, kat sini saya sharekan free food tuk semua...saya dapat dari Nando's Malaysia.

Info kat sini: http://on.fb.me/YP7Gky

Thanks akak bagi menu makan2 yang best!

weezana said...

samalah kita, suka makan! thanks for visiting!

IZZAH SUAID said...

Salam akak..sy silent reader sini...
Wah sedapnye..nk try la
P/s: first time sy nmpk akk msukkn sayur...:)

weezana said...

Salam Izzah, tu la hehehe.. :D akak x suka makan sayur.. tapi kalau yang senang nak asing, boleh jela masukkan.. nanti tak jadi 3 rasa pula (jadi 2 atau 1 je rasa)

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Boleh dicuba di dapur rumah nanti ni. Terima kasih.

10 TIPS Merangsang Kehamilan

weezana said...

sama2.