Tuesday, March 19, 2013

Wow, Peri-Vileged Nando's Card! Very Irresistible!

Sebenarnya saya baru je tau yang Nando's Malaysia ada keluarkan Kad Peri-Vileged Nando's. Itu pun sebab saya terperasan brochure yang diletakkan atas meja semasa makan di Nando's Alamanda semalam. Huh, kenapa takde sesapa yang bagitau saya pasal kad loyalty Nando's ni... 



My Nando's Peri-Vileged Card!


Meskipun, mungkin agak terlewat mendaftar sebagai ahli Kad Peri-Vileged Nando's tapi lebih baik ada daripada tak ada. Atau dalam pepatah Inggeris, `better late than never'... Oleh kerana saya rasa ada ramai lagi yang tak tau pasal kad ni, jadi entry ni saya nak kongsi cara-cara untuk anda jadi ahli Kad Nando's ni.

Caranya amat mudah. Anda hanya perlu memohon keahlian di mana-mana Restoran Nando's (Malaysia sahaja ye, Afrika Selatan saya tak tau). Yuran seumur hidup yang perlu dibayar cuma RM10. Anda akan diberi set ahli seperti ini.





Dalam ni anda akan dibekalkan beberapa item. Paling penting adalah kad keahlian (ada 4 warna pilihan tau), juga cara-cara untuk mengaktifkan kad anda. Ada 2 cara untuk pengaktifan kad iaitu pertamanya menerusi pos seperti berikut:


Kalau nak pos, isilah borang ni



Alamat ini


Atau secara online. Tentunya saya pilih cara online yang lebih mudah dan hanya memerlukan masa pemprosesan data selama 2 hari. Kalau pos akan ambil masa seminggu.





Step-by-Step seperti di bawah:


Masuk dalam laman web
Klik My Account

Klik Register Now


Isi info online ni

Submit & Siap!


Tada dah berjaya!  FYI, dalam set keahlian juga diberi baucer seperti berikut:


Baucer percuma Designer Drink

Baucer RM10


Dan ada cenderahati Key Chain `Caution: I'm Hot!'





Maka, berbaloi sangat yuran seumur hidup RM10 tu, sebabnya anda akan dapat balik RM10 dan sebenarnya lebih daripada itu. Anda boleh pilih bila-bila tarikh yang anda suka (ikut suka hati je) untuk mendapatkan 1/4 ayam dengan 2 sidelines percuma.

Pada hari jadi, anda dapat minuman panas dan dessert percuma. Pada tarikh anda jadi ahli, tarikh ini pada setiap tahun anda akan dapat beli 2 set ayam dengan harga 1 set ayam (beli satu dapat lagi satu ler ni). Dan boleh kumpul mata. 1 mata untuk setiap RM1 dan kemudiannya boleh tebus mata dengan ayam Nando's yang awesome!





Dah panjang sangat dah iklan percuma yang saya beri untuk Nando's. Ini namanya saya tahu berterima kasih atas keahlian Peri-Vileged yang memang syok giler. 

Saya tidak mahu tamatkan entry ini dengan `sekian' tetapi dengan perkataan `terima kasih' yang Nando's ucapkan menerusi e-mel pendaftaran saya iaitu `Obrigado'! :)


2 comments:

Unknown said...

Hi emilia,
saya pon dah join nando's privellege card.. hari nie carik info klu ada sesapa pernah ada experience guna service peri medic.. so awak pernah guna tak service peri medic nie..?

weezana said...

Hi Cheq eem, saya pun belum pernah guna delivery service ni.. setakat ni memang makan kat restoran dia je.. :)