Tuesday, December 25, 2012

Muffin Coklat Kasih dengan White Chocolate



Selain daripada coklat biasa yang berwarna coklat, saya juga suka sangat dengan coklat putih (white chocolate). FYI, coklat putih mengandungi cocoa butter, gula, susu dan garam. Oleh yang demikian, saya terfikir untuk buat Muffin White Choco pula.




Saya cuma guna resepi yang sama dengan Muffin Coklat Kasih dan ubah jenis coklat sahaja. Hasilnya memang sedap, sama sedapnya dengan guna coklat biasa tu. Kepada penggemar coklat putih, mari cuba resepi yang best ni.

Nota: Untuk rmelihat Muffin Coklat Kasih yang berwarna coklat boleh klik sini.


Bahan-bahan
 
200g coklat masakan (coklat putih)
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum (saya guna tepung kek/superfine)
1 sudu kecil baking powder 

Untuk hiasan boleh letak ikut kreativiti. Saya letak kisaran oreo dan badam.
 
 
Cara-cara
 
        
Cairkan coklat. Gunakan kaedah double boil. Masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair. Tutup api. Ketepikan.



 

Dalam mangkuk lain, kacau telur dan gula hingga sebati. Tak perlu pukul sampai kembang. Saya pukul pakai spatula je.

 

Masukkan coklat cair tadi dalam mangkuk telur. Kacau sebati lagi. Panaskan oven 170 darjah.
 
 
 
Ayak tepung dan baking powder dalam mangkuk dan kacau lagi sehingga semua bahan sebati.


 
Saya sudukan adunan dalam bekas comel untuk cupcakes. Saya letak 2/3 isipadu bekas. Susun atas loyang pembakar.


 
Kemudian, saya tabur serbuk kisaran biskut oreo dan taburan badam kisar pada setiap bekas comel.

Bakar sehingga masak tapi jangan terover baked. Saya bakar 15 minit. Jangan bakar lama nanti kek jadi tak best. 
 
 
 
Dah siap.
 
 
 
Sedap muffin ni:)
 



Gebu dan moist

No comments: