Sunday, November 4, 2012

Setahun berlalu... Hasya, My Kindergarten Girl...

Pada 4 January yang lalu, saya ada menulis entry mengenai hari pertama Hasya ke Tadika. Entry tersebut sebenarnya amat menyentuh jiwa saya kerana saya sendiri tidak pernah bersekolah tadika dan tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari pertama persekolahan tadika ini.
 
Saya bertambah panik apabila Hasya buat perangai dengan menangis dan menjerit kuat sambil menggegarkan pintu grill tadika. Walau bagaimanapun, Itu cerita 11 bulan yang lalu. Semalam saya menghadiri majlis graduasi dan konsert Tadika Intelek Ria, tadika Hasya.
 
Hasya baru 5 tahun, jadi dia tidak bergraduasi pada tahun ini. Kehadiran ke majlis graduasi dan konsert ini kerana Hasya terlibat membuat persembahan. Pada mulanya, saya memang hampir tidak dapat untuk menghadiri majlis ini. Hujung minggu memang agak payah untuk saya bergerak, memandangkan Mr. Hubby yang terpaksa ke kelas setiap Sabtu dan Ahad. Namun, kami gagahkan juga untuk menguruskan masa memandangkan Hasya bukan sahaja akan membuat persembahan, malah akan menerima hadiah. Hadiah? Wah, hadiah apa tu?
 
Jam 8.30 pagi, Mr. Hubby menghantar saya dan Hasya ke Dewan Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15 yang mana majlis akan diadakan. Ramai ibu bapa dan anak-anak mereka telah sampai lebih awal. Majlis bermula kira-kira jam 9.00 pagi. Selepas ucapan dan welcoming speech, persembahan pertama bermula. Wah tarian lagu Sha Na Na oleh Hasya dan rakan-rakan kelasnya.
 
Persembahan Pembukaan


Wah, pandai menari..

 
 
 
Ada macam-macam persembahan daripada kanak-kanak 4-6 tahun ni. Para ibu bapa kerap kali tersenyum simpul melihat gelagat anak-anak ni. Mana tak nya kadang-kala terbit rasa geli hati melihat mereka yang comel dan lucu.
 
Gangnam Style.. Haha

Bollywood

Pantun

Bollywood lagi
 
 
Hasya juga pandai menyanyi.
 

Sempat senyum

sakan nyanyi

Tak sangka lagu itsy bitsy spider ada versi BM
 
 
 
Akhirnya sampailah ke Majlis Anugerah. Rupa-rupanya Hasya dapat piala pelajar cemerlang English untuk umur 5 tahun.
 
 
 
Semoga tahun depan Hasya akan terus cemerlang. Hmmm... Tahun depan jangan nangis, jerit atau gegarkan grill sekolah. Saya kena bersedia menjelang 4 tahun lagi, takut Khayra yang akan gegar grill pula.. Hahaha...

2 comments:

Anonymous said...

wahhh...TAHNIAH Hasya.. :)
wajiblah terror English sebab lama duk oversea kannn..

hehehe... :)


.

weezana said...

budak.. cepat belajar dan cepat hilang.. ni pun dia tak berapa boleh nak speaking sbb kengkawan semua cakap melayu.. :)