Thursday, September 6, 2012

Step by Step.. Ambal (Siput Buluh) Goreng Berlada

Nampaknya, ambal memang mudah didapati di Asajaya, Sarawak. Sepanjang seminggu lebih saya berada di daerah ini, 2 kali Mr. Hubby membeli ambal untuk saya membuat eksperimen masakan. Hari ni saya akan berkongsi resepi Ambal Goreng Berlada. Resepi ini juga amat sesuai dengan selera Semenanjung yang serasi dengan rasa pedas, manis dan masin.
 
 
 
Di sini saya nak cerita sedikit pengalaman memasak ambal. Untuk resepi ini, saya terlebih dahulu melumurkan ambal dengan garam dan kunyit. Selepas itu, ambal ini saya gorengkan terlebih dahulu. Yang menariknya, semasa saya menyudu garam dan serbuk kunyit ke atas ambal, siput ini masih hidup dan keluar masuk dari cengkerangnya dengan begitu pantas. Mungkin sekali garam dan kunyit ini sungguh berbisa apabila mengenai siput ini. Apa-apapun, jangan bimbang kerana ambal ini akan mati apabila anda menggorengnya. Sama je macam kerang. Dah kena rebus/goreng, takkan tak mati kan?
Hahaha...
 
Bahan-bahan
 
 
1/2 kilogram ambal (dicuci dan tos)
12 tangkai cili kering (dibuang biji, dikisar)
1 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1sk asam jawa (ambil airnya)
garam dan gula secukupnya (biar ada rasa manis sikit la)
 
serbuk kunyit dan garam untuk menggoreng
 
 
Cara-cara
 
Lumurkan serbuk kunyit dan garam pada ambal.
 
 
 
Panaskan minyak, goreng ambal seketika. Lebih kurang 5 minit. Angkat dan toskan.
 
 
 
Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan kisar sehingga agak kering dan berbau wangi.
 
 
 
 
Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ambal dan goreng kaup terbalikkan hingga sebati.
 

 
 
Sedia untuk dihidang dan dimakan dengan nasi putih.
 
 
 
Sedap je masak camni. Yummy...
 


No comments: