Saturday, July 7, 2012

Step by Step.. Lemon & Rosemary Grilled Chicken (Whole Chicken)

Hari ini saya masak ala Western lagi. Menu kali ini hasil daripada perkongsian resepi oleh Puan Nurul Haiza. Dah seminggu saya berkira-kira untuk memasak masakan ini. Hujung minggu ni lah baru ada masa yang terluang.

Saya memang suka masak yang main campak-campak je ni. Tak payah nak kisar atau tumbuk. Potong-potong je. Jimat masa. Pastu masuk dalam oven, biar jelah sampai masak.


 
Yang paling bestnya, rasa ayam panggang ni memang sedap. Lain kali boleh buat lagi. Saya rasa, agak sihat jugalah masakan ni. Maklumlah ayam dipanggang dan tidak ada serbuk-serbuk perisa atau pewarna tambahan. Nampaknya menu sehari semalam hari ni memang Grilled Lemon Chicken. Makan 3 orang kan.. Hehehe...

Bahan-bahan

Seekor ayam
1/4 cawan perahan jus lemon
2sk Rosemary Flakes (guna daun segar pun ok)
2sk Thyme Flakes
12 ulas bawang putih (tak perlu buang kulit)
1 ulas bawang besar (dihiris)
1sb mentega

sebiji lobak merah
2 biji kentang
sayur-sayuran lain yang sesuai kalau suka
serbuk lada hitam dan garam secukupnya
minyak zaitun secukupnya

Cara-cara

Bersihkan ayam sediakan loyang yang bersesuaian. Tabur sedikit minyak zaitun pada loyang. Letakkan ayam atas loyang.



Taburkan rosemary dan thyme, bawang besar dan bawang putir sekitar ayam. Pastikan ditabur dan kena pada keseluruhan ayam.



Letak lobak merah, kentang dan mentega. Tabur lada hitan dan garam secukupnya. Percikkan sedikit minyak zaitun.



Panaskan oven 180 - 190 darjah. Bakar sehingga masak. Agak-agak dalam 1 - 1jam 20 minit. Kalau permukaan ayam dah nak terbakar/hitam, tutup dengan aluminium foil. Tempoh pembakaran adalah bergantung kepada suhu oven dan saiz ayam.



Dah siap untuk dihidang. Mari potong jadikan quarter chicken.





Makan sampai kenyang.



Half Chicken simpan untuk dinner pulak :)


Sekian.






No comments: