Sunday, July 22, 2012

Nasi Ambeng.. Catatan Ramadhan 2012

Semalam hari pertama bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia menyambut 1 Ramadhan. Bermakna juga, semalam hari pertama rakyat Malaysia memulakan ibadah puasa.

Memandangkan kami sekeluarga tidak pulang ke kampung pada hujung minggu ini, maka terpaksa kami memikirkan juadah untuk berbuka puasa. Kebetulan juga saya masih selsema dan tidak berapa sihat untuk memasak masakan yang sedap. Maka, saya cadangkan kepada Mr. Hubby untuk meninjau di Bazar Ramadhan di kawasan perumahan kami. Manalah tahu jumpa makanan yang sedap dan menarik untuk berbuka puasa nanti.




Hasilnya, saya dan Mr. Hubby tertarik untuk membeli dan mencuba Nasi Ambeng. Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya dan tidak pernah mencuba Nasi Ambeng ini. Namun pastinya bagi rakan-rakan Johorean serta yang berketurunan jawa walau di mana pun anda berada, nasi ini memang popular dan menjadi idaman selalu.



Nasi Ambeng Bazar Ramadhan ni memang sedap. Portionnya sungguh banyak. Wangi bau nasinya kerana dibungkus dengan daun pisang.




Oleh kerana dibesarkan di negeri Johor, maka citarasa saya memang tak dapat nak lari daripada masakan-masakan Johor. Nasi putih, ayam masak kicap, mi goreng, serunding kelapa, ikan masin dan sambal goreng yang merupakan intipati pengisian Nasi Ambeng memang menjadi pujaan saya. Nampaknya, Mr. Hubby pun suka dan dah terikut dengan trend menJohorkan selera ini.

Saya memang suka Nasi Ambeng


Selain daripada Nasi Ambeng, kami juga membeli beberapa jenis kuih-muih seperti Pau Sambal Goreng, Pau Kacang Goreng dan Sandwich Sardin.



Sebab masih sakit dan tak berapa elok nak minum ais, kami minum Teh O untuk menghilangkan dahaga. Insyaallah, Ramadhan yang kedua ini saya akan masak di rumah. Rasa macam dah sihat sedikit mahupun masih sedikit selsema.

p.s.: Mr. Hubby pun dah makan Pisang Goreng ngan Sambal kicap hehehehe. 

No comments: