Monday, March 26, 2012

Step by Step... Sicilian Orange Cheese Cake



Cantikkan gambar kek di atas? Kalau anda rasa tak cantik pun takpe. Saya tak kecik hati pun. Sebabnya saya dah lama tau yang `beauty is in the eye of the beholder'. Maka, pada pandangan mata saya, kek saya ini sangatlah cantik :)


Kek yang cantik ini ada sejarahnya.....

Kira-kira sebulan yang lepas, Puan Nurul telah datang ke opis saya dan memberi beberapa slices Sicilian Orange Cake untuk saya rasa. Kek Oren Puan Nurul ini sungguh lazat dan terasa wangi keorenannya. Ketika menghabiskan kepingan demi kepingan kek, saya membayangkan bahawa saya akan membuat kek tersebut dalam masa terdekat.


Tiba-tiba terlintas di fikiran saya, "alangkah indahnya kalau kek ini mempunyai topping cream cheese." Terlintas pula di fikiran saya keindahan topping cream cheese Kek Chocolate Cheese Comel yang memang comel, cantik dan sedap. Tetiba juga, saya terbayang-bayang lukisan buah-buah oren di atas sebiji kek.

Maka, saya harus memberhentikan semua angan-angan ini dengan mengeluarkan mixer, loyang serta peralatan-peralatan membaking. Projek membuat `Sicilian Orange Cheese Cake' harus dimulakan.

Resepi Sicilian Orange Cake ini saya ambil dari blog Rima Singapore . Cuma, saya tidak guna topping seperti mana yang dibuat oleh Rima. Saya tukar kepada topping cream cheese.

Bahan-bahan

250gm mentega
250gm gula kastor (saya guna cuma 200gm sahaja)
4 telur saiz sederhana
1 1/2 sk parutan kulit oren
250 tepung naik sendiri (jika gunakan tepung gandum, tambah 1sk baking powder)
85ml perahan jus buah oren


Cara-cara

Putar mentega dan gula sehingga berkrim.



Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga sebati.



Masukkan parutan oren dan putar lagi. Masukkan tepung. Putar lagi biar sebati.


Masukkan jus oren. Putar sebati.


Lenserkan loyang (saya guna loyang bulat 8 inci). Panaskan oven 160 darjah. Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar sehingga masak. Kek saya ambil masa 60 minit untuk masak. Tempoh masak bergantung kepada saiz loyang dan kepanasan oven.



NOTA: JANGAN LUPA AMBIL 3 SUDU MAKAN ADUNAN UNTUK MEMBUAT TOPPING.

Apabila kek masak. Biar kek sejuk sedikit pada suhu bilik. Kek saya naik cantik, jadi saya potong sedikit bahagian atasnya. Tapi jangan dibuang, sebab enak dimakan begitu sahaja.


Potong sikit atasnya

Bahan-bahan Topping

250gm cream cheese
60gm gula kastor
sebiji telur saiz besar
1/2sk esen vanila



Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi hingga sebati. Ambil sedikit (1 sudu makan) adunan cream cheese untuk membuat topping.



3 sudu makan adunan kek yang diketepikan tadi, kalerkan dengan warna oren. Kalau takde warna oren, guna pewarna merah + pewarna kuning. Manakala 1 sudu makan adunan cream cheese, warnakan dengan warna hijau.

Tuangkan adunan cream cheese atas kek tadi. Dan mulakan melukis pada topping. Saya piping bulatan-bulatan macam buah oren guna adunan kek. Manakala corak hjau tu saya tarik-tarik guna putik kapas.



Panaskan oven 170 darjah, bakar kaedah water bath selama 40 minit.


Dah siap Sicilian Orange Cheese Cake saya yang sangat menawan hati. Sedap tau. Harum manis macam Orange Sunkist. Jangan lupa sejukkan dalam peti sejuk dulu baru dikeluarkan dari loyang. Kalau tak, kek anda akan jatuh berderai.

Wah, mcm nak Chinese New Year



6 comments:

nurulhaiza said...

sangat menyelerakan. kek sgt fluffy!!! gebu..sedap sgt. combination rasa masam from cheese & orange tu masya Allah- TERBAAAEEEKKKK!!!!! Kenalah dgn selera nurul waktu ni. thanks kak wizana~~ love it to the MAX!

weezana said...

Terima kasih adik. Kalau nurul tak bagi akak rasa sicilian orange cake hari tu, mesti akak tak tahu yg rasanya memang sedap. akak cuma tambah nilai utk rasa yang lebih awesome :)

Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5) said...

tq for sharing
ni tengah men"try" semermak bau kek satu rumah... jap lagi nak meng"cream cheese" pulak..

tq again..

weezana said...

sama2 umi E-ca, terima kasih juga kerana sudi melawat dan mencuba resepi ini.

mayangbakingmadness said...

terliur plak tengok.. mmg cantik sangat kek ni

weezana said...

Mayang,

Rasanya pun sedap:)