Tuesday, March 6, 2012

Step by Step... Ketam Goreng Berlada


Ketam.. Ketam.. Ketam.. Ruginya sesiapa yang alergik makan ketam. Sebabnya ketam adalah antara makanan laut yang paling sedap untuk dinikmati. Oleh kerana ketam memang dah sedap, tidaklah sukar untuk memikirkan masakan-masakan yang sesuai untuk masak ketam apabila kita terbeli ketam. Kalau tak tahu nak masak apa, boleh rebus atau goreng sahaja, itupun dah sedap sangat!

Masakan yang paling saya suka masak kalau terbeli ketam ialah `Ketam Goreng Berlada'. Sedap tau.. Mestilah sedapkan sebab seperti yang saya dah kata tadi: Ketam memang dah sedap pun walau masak apa pun jua masakan.


Bahan-bahan

3 ekor ketam saiz sederhana (dibersihkan)
Garam dan serbuk kunyit secukupnya untuk menggoreng ketam


12 tangkai cili kering (dibuang biji, direndam dan dicuci)
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

2 batang serai (dititik)
1sk pati asam jawa (saya pakai paste ADABI)
Garam dan gula secukup rasa (biar manis sedikit)


Cara-cara

Lumurkan ketam dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ketam sehingga ketam masak. FYI, ketam ni macam udang juga, apabila masak dia berubah warna. Daripada biru jadi warna merah. Toskan ketam dan masukkan ketam dalam pinggan hidangan.

Ketam yang berwarna biru

Ketam dalam kuali

Ketam dah jadi warna merah


Kisar bahan-bahan berwarna biru. Panaskan minyak dalam kuali. Boleh gunakan minyak goreng ketam tadi, tapi kalau minyak tu banyak sangat, kurangkan sedikit. Setelah minyak panas, tumis bahan-bahan kisar.



Masukkan serai dan asam jawa. Tumis sehingga tumisan kering sedikit dan naik bau.



Masukkan garam dan gula secukup rasa. Saya suka letak gula lebih sedikit, baru sedap dan kena dengan rasa ketam.



Tutup api dan tuangkan sambal atas ketam yang dah digoreng tadi. Hidang dan makanlah panas-panas. Gerenti makan bertambah.








No comments: