Friday, March 2, 2012

Step by Step... Fish N Chips (Western lagi)


Hari-hari makan nasi, tak bestkan. Kecuali kalau anda memang tak boleh tak makan nasi. Saya cuma tak boleh kalau tak makan nasi seminggu. Kalau tak makan nasi setakat 2-3 hari tu, masih ok lagilah kiranya. Lagi-lagilah kalau hari-hari tak makan nasi tu, saya dapat makan Western. Sungguh I like like like....

Oleh kerana kita ni ada di Eastern bukannya Western part of the World. Maka, makanan yang Wild Wild West ni memang agak mahal. Jadi, kalau di rumah ada kuali atau peralatan-peralatan memasak yang sepatutnya, marilah kita mencuba untuk masak sendiri Western Cuisine nih. Kalau berjaya, anda akan tersenyum lebar kerana tetiba je ruang makan anda bertukar menjadi ala-ala Manhattan Fish Market atau pun Tony Roma's.



Hari ni saya nak kongsi-kongsi resepi untuk menggoreng Fish N Chips. Saya akan kongsi-kongsi cara nak buat adunan Fish. Untuk Chips tu, beli jelah fries kat pasaraya yang tinggal nak goreng dan taruk garam tu.


Bahan-bahan

2 keping fillet ikan (ikan Dory atau ikan Cod paling sesuai, tapi kalau nak wat ikan lain, saya tak kisah pun)
1/4sk serbuk lada hitam (yang kasar sedikit)
1/4sk garam
2 sudu makan tepung gandum
1 1/2 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
1/4 sk baking powder
2 sudu makan air
secubit garam


Cara-cara

Basuh fillet ikan (saya pakai ikan Dory). Lepas tu pastikan fillet ikan tu tak berair. Sebenarnya kalau kering lagi bagus sebab kalau berair, nanti tak cukup rangup. Kalau perlu, lap/keringkan dengan tisu dapur.



Ratakan serbuk lada hitam dan garam pada ikan.



Bancuh dalam mangkuk tepung, telur, baking powder dan air sehingga sebati. Tambah secubit garam.



Celup atau pastikan fillet ikan disaluti oleh bancuhan tepung.



Panaskan minyak. Goreng ikan sehingga garing kedua-dua belah ikan. Kaedah deep fry adalah lagi bagus.



Toskan ikan. Hidangkan ikan dengan sides yang bersesuaian. Saya hidang dengan broccoli dan fries. Kalau takde fries kenalah tukar nama Fish N Vege pulak kan. Sila tambah sos dan mayonis untuk kesedapan cicahan yang extra yummylicious!





Yummy je Western Food nih... Nom.. Nom.. Nom...



No comments: