Tuesday, February 7, 2012

Step by Step....Nasi Briyani Ayam



Tengah hari tadi My Friend n family datang rumah. Nama dia Puan Radz. Sebelum dia datang, dia pesan suruh masak sedap-sedap. Hmmm... ni yang bingung nih, macam mana kalau saya rasa sedap, tapi Puan Radz rasa tak sedap? Susah jugakan.



Fikir punya fikir, saya teringat satu masakan yang dah lebih 10 kali saya masak. Masakan yang saya maksudkan ini adalah Nasi Briyani. FYI, sebelum ke US, dah banyak kali saya makan nasi briyani especially kat retoran-restoran mamak. Tapi memasak sendiri briyani, memang tak pernah.

Pada suatu hari yang damai di bumi Fayetteville (chewah...), Puan Nora Ali buat majlis makan-makan di rumah beliau. Pada hari tersebut Puan Vicky datang dan masakkan kami Nasi Briyani yang sangat lazat. Puan Vicky juga mengajar kami cara untuk memasak nasi tersebut. Terus terang saya katakan, nasi briyani yang saya makan sebelum ini semuanya kurang sedap sekiranya dibandingkan dengan nasi briyani Puan Vicky. Terima kasihlah sifu Vicky!

Sifu ku

Nasi briyani yang lazat ini guna rempah Shan `Malay Chicken Biryani'. Rempah Shan ni memang popular dalam kalangan geng-geng di perantauan. Bukan sahaja di US, malah geng-geng di UK juga guna rempah yang sama. Kalau di Malaysia ni, anda boleh mendapatkan rempah ni di pasaraya-pasaraya seperti Carrefour, Tesco dan Cold Storage.


Ini rempahnya

Menurut Mr. Hubby, cuma nasi briyani kat Niagara je yang dapat lawan kesedapan nasi briyani rempah Shan nih. Nasib baiklah Niagara tu jauh, kalau tak mau Mr. Hubby dok ulang-alik makan nasi briyani kat situ. Almaklum, sambil makan briyani sambil menyaksikan air terjun yang sangat indah.


Nasi Briyani Niagara Falls

Berbalik kepada Puan Radz yang nak datang rumah saya tadi. Maka, saya pun masak le Nasi Briyani Ayam ni. Agak-agak dia suka tak? Jeng.. Jeng.. Jeng...


Bahan-bahan (untuk makan 6-7 orang)

Nasi
4 cawan beras basmathi (saya pakai yang super panjang, beras dia panjang2)
1 batang kulit kayu manis
2 sudu makan minyak sapi
2 biji buah pelaga
sekuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
secubit jintan manis
8 biji lada hitam (yang sebiji-sebiji)
1sk garam

Ayam
setengah ekor ayam (potong kecil-kecil)
2/3 kotak rempah Shan (sekotak 60gm, pakai le 40gm tapi kalau memang suka super pedas, boleh je pakai sekotak)
sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
1 tangkai daun kari
2 cawan air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

1 tangkai daun ketumbar (cilantro)
Pewarna merah dan kuning


Cara-cara

Basuh beras dan kemudian sukat air seperti nak masak nasi. Letak semua bahan-bahan kecuali minyak sapi je letak 1 sudu makan dulu (1 sudu makan lagi letak kemudian).



Masak nasi seperti biasa (guna rice cooker). Apabila nasi masak, masukkan 1 sudu makan minyak sapi lagi, gaulkan sebati.




Masak ayam pulak: Kisar bawang besar, bawang putih dan halia (kalau nak cincang pun boleh). Panaskan minyak dalam kuali yang agak besar. Tumis bahan-bahan kisar hingga berwarna perang dan naik bau.



Masukkan daun kari, kacau lagi.



Masukkan rempah Shan, ayam dan air. Biarkan ayam masak dan air kering. Kacau sekali-sekala. Kalau tak berapa masin kena letak garam, tapi selalunya rempah ni memang dah masin.




Setelah ayam masak dan agak kering, tutup api. Potong daun ketumbar kecil-kecil.



Sediakan bekas/loyang besar yang boleh dibakar dalam oven. Mula-mula letak 1/3 nasi dalam bekas.



Lepas tu letak 1/2 ayam. Tabur 1/2 daun ketumbar dan letak beberapa titik pewarna di sekitar permukaan.



Kemudian, letak 1/3 lagi bahagian nasi. Letak 1/2 lagi ayam dan 1/2 lagi ketumbar (dah abis tau ayam n daun). Letak lagi beberapa titik pewarna.




Akhir sekali letak 1/3 nasi (bahagian terakhir nasi). Dah abis pun.



Panaskan oven suhu 160-170 darjah. Masukkan bekas tadi selama 20-30 minit. Tutup permukaan bekas dengan aluminium foil.



Nota: Saya pernah bakar guna microwave. Hasilnya ok. Cuma guna oven lagi best lah. Lagipun, sifu Vicky ajar pakai oven.

Keluarkan nasi dari oven dan gaul-gaulkan guna senduk supaya sekata dan sebati.



Akhir kata, nasipun dah siap. Puan Radz sekeluarga pun dah makan nasi ni. saya tak berkesempatan nak ambil gambar masa Puan Radz n family makan. Harap Puan Radz dan Encik Mat gembira ye! Terima kasih juga sebab bagi Khayra mainan!



4 comments:

Mrs Leman said...

Kene try nasi beriyani nilar di myanmar!

weezana said...

ok Mrs Leman. tq :)

jamal said...

Terima kasih. Tak jumpa Shan. Jumpa jenama Tooba.

weezana said...

Saya pun tak jumpa rempah Shan akhir-akhir ni.. hmmm