Sunday, February 12, 2012

Step by Step... Kerutuk Ayam

Kalau pergi ke pasaraya, saya suka belek-belek rempah-ratus. Saya akan belek lebih lama kalau rempah tu saya tak pernah lihat sebelum ini. Dan hari tu masa ke pasaraya, saya terjumpa Serbuk Kerutuk Ayam & Daging jenama Adabi. Di belakang paket rempah ni tertulis, "Kerutuk ialah masakan tradisional Kelantan yang popular (sejenis kari pekat)".



Saya pun belilah sepeket rempah ni. Dan, hari ni adalah hari paling sesuai untuk masak kerutuk ni. Ini first time lah kami makan kerutuk ayam. Berselera tau Mr. Hubby makan Kerutuk Ayam ni, sampai bertambah-tambah. Pulak tu makan dengan kacang buncis goreng hati (favorite Mr. Hubby) dan air Laici.. Yum.. Yum...





Bahan-bahan (saya buat ayam 300gm, jadi saya kurangkan sedikit bahan-bahan)

300 - 500gm ayam (separuh ayam) - potong ayam saiz yang anda suka
Sepeket Serbuk Kerutuk Adabi (28gm)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai (dititik)

100ml santan (saya pakai yang segera)
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan asam jawa (paste Adabi)
1 sudu makan gula merah
garam secukup rasa 


Cara Memasak

Bancuh serbuk kerutuk dengan secawan air.



Kisar bahan-bahan berwarna biru. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dengan serai.



Setelah bahan-bahan tumis berwarna kekuningan dan naik bau. Masukkan rempah dan kacau selama 10 minit.



Masukkan ayam, santan, kerisik, asam jawa dan gula merah. Kacau lagi. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan sehingga kerutuk kering, kacau sekali-sekala.




Nota: Saya tak biarkan kering sangat, sebab suka yang berkuah sedikit.

Masa mula-mula tu, kerutuk ni macam warna coklat muda, bila biarkan selama 20 minit pada suhu bilik, warnanya jadi bertambah gelap. Apa-apapun, memang sedap Kerutuk Ayam ni.




No comments: