Sunday, February 12, 2012

Step by Step... Kek Kukus Velvet Hawflakes (Masam Manis)



Mr. Hubby semalam tetiba je cakap, "takde benda manis lah nak makan."

Aha! Ini petanda dah sampai masanya untuk saya buat kek. Maka, saya pun mula membelek2 koleksi resepi kek yang saya save dalam pc saya ni. Alamak, tetiba pula teringat yang tepung gandum dah habis. Nak suruh Mr. Hubby pergi kedai tak sampai hati pulak sebab dah malam nih.

Oleh yang demikian, saya kena buat kek yang tak guna tepung gandum kot. Hmmm... Dalam stok saya, ada tepung roti ngan tepung Hong Kong je. Fikir punya fikir, saya rasa nak buat Kek Lapis Asam Manis. Kalau resepi asal guna tepung gandum, saya tukar jelah pakai tepung Hong Kong. Tepung jugakan? Lagipun, banyak resepi Kek Lapis, guna tepung Hong Kong. Bolehlah cuba ek. Boleh cuba, jangan takut. Tepung Hong Kong pun untuk buat kek juga, lainlah kalau pakai tepung roti.



Saya amatlah berkenan dengan Kek Kukus Velvet Hawflakes dari dapur Kak Fida di My Resepi. Boleh ke ganti ngan tepung Hong Kong? Hmmmm....


Bahan-bahan
(kak fida guna loyang 10 X 7, periuk kukus saya kecik jadi saya pakai loyang 7 X 7)

5 biji telur - grade A yang sejuk(dari peti ais)
225 g gula kastor (saya kurangkan kepada 200gm)
220 g tepung gandum (saya ganti dengan tepung Hong Kong)
1 sk rata baking powder
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dan warna kut suka
secukup hawflakes


Cara-cara

Ayak tepung dan baking powder.



Kemudian campur ke semua bahan-bahan lain ke dalam mangkuk kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.



Putar (guna mixer) adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.



Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan mengikut warna yang anda suka.




Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu (saya perlukan masa yang lebih untuk kukus iaitu 10-12 minit sebab loyang saya kecil tapi tinggi).


Ini hawflakes



Jgn lupa tutup tudung periuk kukus

Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.


Ini rupa lapisan pertama yang dah masak

Proses mengulang, letak hawflakes lebih sikit

Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka... (saya susun atas permukaan kek, tapi hawflakesnya tenggelam sebab kek naik).


Cehhh, sebiji je hawflakes yang nampak!

Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.



Kesimpulannya, boleh je guna tepung Hong Kong. Rasa kek ni pun sedap, tapi takdelah seawesome cheese cake atau Pecan Butterscotch. Yelah, manalah kek biasa leh lawan cheese cake hehehehe....




No comments: