Sunday, January 8, 2012

Step by Step... One-Pan Chicken (Dinner yang Yummy!)



Dinner malam ni sangat lazat! Semua orang dalam rumah saya jadi sangat gembira. Betullah pepatah yang mengatakan, `Kenyang Perut, Senang Hati."

Sepanjang hari ni menu kami adalah Western. Lunch tadi makan Spaghetti Aglio Olio dan dinner pula makan One-Pan Chicken. Kalau tak keluar rumah, rasa macam duduk kat US je (hehehehe).




One-Pan Chicken ni memang sangattttt sedap. Terima kasihlah kepada Puan Nurul Haiza kerana mengepost gambar one-pan chicken yang dimasak oleh beliau di laman muka buku. Terima kasih juga sebab beritahu resepi ni adalah daripada Nigella Lawson.

Maka, saya pun meneroka laman resepi One-Pan Chicken di Food Network. Resepi ni memang berbaloi-baloi untuk dicuba. Habis dimakan dengan senang hatinya. Saya buat quarter chicken untuk saya dan Mr. Hubby dan untuk Hasya pula separuh daripada bahagian quarter tersebut.

Di bawah adalah resepi Nigella Lawson yang sudah saya terjemahkan dan saya sesuaikan mengikut suka hati saya.


Bahan-bahan

Seekor ayam (potong 8) - tapi saya pakai tak sampai seekor, tapi kalau masak lebih daripada separuh ayam, ikut sahaja resepi ini. Kalau lebih daripada seekor baru doublekan rencah.

2-4 biji kentang (potong dadu lebih kurang 1/2 inci)

3 ulas bawang merah saiz sederhana- potong atau hiris 

16 ulas bawang putih -tak perlu buang kulit

3 batang cili merah (buang biji dan hiris)

Sea Salt yang jenis kasar (kalau takde, guna garam biasa je lah)

1/2 cawan daun parsley yang dicincang (saya pakai parsley flakes dan letak 2 sudu besar sahaja)

Oilve oil secukupnya


Cara-cara

Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.

Sediakan loyang bakar. Kalau ikutkan Nigella, satu loyang untuk seorang jadi nanti terus makan je dalam loyang. Tapi saya guna loyang yang besar sikit dan letak semua bahan dalam loyang ni, makan nanti dalam pinggan la.

Tuang sedikit olive oil pada loyang supaya dasar loyang disaluti oleh minyak. Susun ayam dan kentang.



Masukkan bawang merah, bawang putih dan lada yang diletakkan atas ayam dan kentang (nigella kata, lagi banyak ruang, lagi rangup kentang bila masak).




Percikkan minyak zaitun lagi atas permukaan bahan-bahan dalam loyang. Pastikan semua bahan kena minyak (glossy) tapi tak perlu sampai berlebihan (dripping). Taburkan garam di serata bahan-bahan. Jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat, kena agak-agak kemasinannya.




Bakar dalam oven selama lebih kurang 45 minit (saya memang masak 45 minit).



Setelah siap, keluarkan dari oven. Tabur daun parsley atas masakan.



Hidangkan panas-panas. Amat lazat dan macam makan di fine restaurant. Apabila hati senang, maka semua orang akan tersenyum... :)



5 comments:

nurulhaiza said...

Berbaloi baloi...

weezana said...

Sangat! Dah lah main campak2 je.. Hasilnya pergghh, amat menakjubkan! *Happy*

nurulhaiza said...

nnt ada resepi senang2, campak2.... kita share lagi ye..

chikleen said...

best. dah try dan sgt sedap rasanye.
apa agaknye rasa kalau dituka cili hijau ye?

weezana said...

shikleen, saya rasa kan, mesti sedap juga hehehehe... :)