Monday, January 9, 2012

Step by Step... Egg Tart @Tart Telur

Kebetulan masa buat tart buah-buahan hari tu, saya tak habiskan semua shell. Lebihan shell tart tu, saya rancang untuk buat cheese tart. Boleh juga dikudap ketika menonton tv. Almaklum, hujung-hujung minggu ada filem yang best. Contohnya Sabtu malam hari tu, saya terlekat di kaca TV tonton filem Eagle Eye di TV2. Memang puas hatilah dapat tengok hero hensem Shia LaBeouf (hero transformers tu)...

Tetiba je rasa sayang nak potong cream cheese yang dalam peti sejuk tu. Sebenarnya, hari tu saya beli cream cheese yang 1kg. Konon nak jimat sebab harga lebih murah, tapi jadi masalah pulak sebab asyik rasa sayang nak potong cream cheese tu kuang kuang kuang...



Maka, saya pun nak cuba buat tart yang lain pulak. Saya nak buat egg tart atau nama melayunya tart telur. Sebelum kita teruskan, anda boleh klik sini untuk resepi dan cara buat shell tart.




Jadi, sekarang ni kita nak belajar cara buat filling/inti egg tart. Resepi saya ambil dari hanis di MyResepi. Tapi, saya tak guna resepi hanis untuk buat shell/pastry tart tu. Saya cuma guna untuk buat filling sahaja. Resepi shell tart yang saya guna sebelum ni memang dah perfect sangat dah.. :)


Bahan-bahan untuk filling tart telur 30 biji 
(saya buat 1/4 je daripada adunan di bawah)

1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
pewarna kuning


Cara-cara

Campur semua bahan. Gaul sebati.




Susun shell atas loyang.




Masukkan filling memenuhi shell (jangan melimpah sudah).



Bakar 10 minit pada suhu 180 darjah ataupun sehingga filling tu dah tak cair (jangan sampai shell hangit sudah).



Sudah siap tart telur. Manis-manis berkrim je filling dia. Bebudak pasti suka!




 

6 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum, tak tau nak cakap mcm mana, suka sangat blog ni!!

hihi :D

weezana said...

Waalaikumsalam.. terima kasih sudi datang.. Saya pun baru follow blog Mommy Pinky.. Sungguh pink warnanya :) Salam perkenalan..

Fazlina said...

Best best..nak buatlah tart telur nih..tq sis =)

weezana said...

Semoga berjaya.. ur welcome Fazlina.

Anonymous said...

Kalau tak guna pewarna kuning boleh tak ?

weezana said...

boleh Nadya, tapi warna jadi dull.