Wednesday, January 4, 2012

Bungkusan buat Khayra



6 hari lepas dalam peti pos surat saya ada keratan serahan daripada PosLaju. Rupa-rupanya saya tak perasan Encik PosLaju datang ke rumah dan cuba untuk menyerahkan kiriman untuk saya.

Saya sebenarnya takde ideapun siapa yang hantar kiriman tersebut. Walau bagaimanapun, saya belum terima lagi kad keahlian Tupperware, jadi saya fikir mungkin tupperware yang hantar surat untuk saya (Dalam hati: Baik sungguh Tupperware nih, hantar kad keahlian pun nak pakai poslaju...)

Maka, saya pun berlengah-lengahlah untuk mengambil kiriman tersebut di Pusat Poslaju Puchong. Saya cakap ngan Mr. Hubby, kalau free baru kita pergi amik. Dan, tetiba je hari ni baru free sikit. Jadi, kamipun menyinggahlah ke Taman industri puchong untuk ambil kiriman misteri tu.


Terima kasih!

Sampai aje di pejabat PosLaju, saya pun terus ke kaunter dan menghulur keratan kiriman kepada kerani yang bertugas. Kerani lelaki tupun ke belakang stor simpanan untuk ambil mail saya. Tetiba je dia keluar dengan sebuah kotak. Dalam hati saya: "Aik, nak hantar kad tupperwarepun pakai kotak ke?"

Encik Poslaju tu minta IC dan suruh saya sign. Saya pun sign jelah. Dia pun berilah saya kotak misteri yang saiznya kecik sedikit daripada kotak kertas A4. saya pun cakap terima kasih dan terus keluar.

Then, masuk je dalam kereta, saya terus buka kotak. Wallaweh, bukan kad tupperware rupa-rupanya! Dalam kotak tu ada set baju bayi yang pastinya untuk Khayra! Eh, saper pulak yang hantar ni?



Yang aisehnya, Encik Poslaju tadi sudah amik borang PosLaju yang ada kat kotak tu. Akibatnya, saya terpaksa patah balik untuk ke kaunter yang sama dan bertanyakan kepada Encik Poslaju satu soalan yang mesti Encik Poslaju pun hairan nak jawab:

Saya: Encik, saya nak tanya, siapa yang hantar saya bungkusan tadi tu ye?"
Encik Poslaju: hmmm.. Sekejap ye saya check. (Pause) Kiriman tu daripada Norlizah.


Kasut pertama Khayra

Saya ada beberapa orang kawan nama "Norlizah atau "Norliza" tapi saya rasa yang hantar ni mesti Liza kan? kan? kan? Hehehe.. Terima kasih ye.. Jauh di kuantan tapi dekat di hati. Khayra pun cakap terima kasih buat Auntie, Uncle, Deeja, Danial dan yg kecik tu lupa lak nama dia.. Xoxo...

No comments: