Thursday, December 1, 2011

Super Size Me (Eh, Janganlah Gemukkan Saya!)

Anda suka makan fast-food? Dan adakah anda takut menjadi gemuk? Suka makan McDonalds?



Jika, McDonalds memang makanan anda, marilah menonton filem `Super Size Me'. Pernah tonton tak filem ini tak? Kalau belum tak mengapa, ada cara mudah untuk menonton filem ini. Anda cuma perlu klik link yang saya sediakan di bawah:



(kalau tak leh click sini http://www.youtube.com/watch?v=oHKCb0_2oD0).

Filem dokumentari ini diterbitkan pada tahun 2004 oleh penerbit filem bebas, Morgan Spurlock. Meskipun ini adalah sebuah filem dokumentari tetapi filem ini menghiburkan kerana anda akan mengikuti perjalanan 30 hari Spurlock dalam menggemukkan dirinya.

Sepanjang 30 hari tersebut (1 Feb - 2 Mac 2003), Spurlock hanya makan menu McDonalds sebanyak 3 kali sehari. Seperti yang dijangka, pada hari ke-30, Spurlock mengalami kenaikan berat badan sebanyak 11.1kg!



Harus diingat, sepanjang 30 hari tersebut, Spurlock di bawah pemerhatian 3 orang doktor, seorang pakar nutrisi dan seorang personal trainer.

Selain daripada peningkatan 13% daripada jumlah berat badan, Spurlock juga mendakwa dia menghadapi masalah mood yang tidak menentu dan lemah tenaga batin. Spurlock kemudiannya terpaksa menjalani 14 bulan diet berasaskan sayur-sayuran untuk kembali kepada berat badan asal.

Menerusi filem ini, Spurlock juga menemuramah beberapa kanak-kanak untuk mengetahui pendedahan mereka terhadap makanan segera. Kesemua mereka mengenali Ronald McDonalds.

Fakta: Pada tahun 2001, McDonalds memperuntukkan sebanyak USD1.4 bilion untuk pengiklanan secara langsung menerusi media. Selain daripada iklan, pelbagai lagi kaedah pemasaran digunakan seperti pemberian alat-alat pemainan untuk kanak-kanak, hadiah-hadiah, tempat permainan di restoran dan penggunaan watak animasi untuk promosi produk.





Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:

1. Fast foods menggemukkan badan.
2. Dari usia yang muda lagi kita didedahkan dengan makanan-makanan tak berkhasiat.
3. Pengusaha makanan segera tidak peduli sama ada makanan mereka sihat atau tidak, yang mereka pentingkan adalah keuntungan.

Spurlock mengakhiri dokumentari ini dengan persoalan:

I GUESS THE BIG QUESTION IS --
WHO DO YOU WANT TO SEE GO FIRST, YOU OR THEM?
RIGHT NOW, YOU HAVE THE URGE TO EAT SOMETHING.
WHEN IT'S THROUGH, IF YOU STILL WANT TO EAT,
THEN YOU'RE PROBABLY REALLY HUNGRY.
THINK ABOUT WHAT I'M SAYING.

No comments: