Monday, December 12, 2011

Step by Step.. Roti Bun Oat Madu...




Saya meroti lagi! Jadi, jangan cari nasi dalam periuk sebab dinner kita ala Western.

Roti malam ni adalah Roti Bun Oat Madu. Rasanya manis, padat dan gebu. Makan sebiji pun sudah tersangatlah kenyang. Kalau rumah ada 2-3 orang, buat je lah separuh adunan. Sebab resepi saya ni dapat 8 roti bun.

Untuk memeriahkan penampilan roti dan juga menambah nilai juadah dinner, saya buat sandwich ala-ala Subway. Di tengah roti saya letak kepingan keju, sapuan mayonis dan sekeping meatloaf (Ayamas) yang telah digoreng tanpa minyak. Anda boleh letak salad kalau suka, mesti nampak lebih meriah dan colorful!

Sebelum dimakan, saya microwavekan sekejap (dalam 30 saat), cheese di tengah-tengah bun tu mencair dan mengujakan selera!



Sebenarnya, kalau malas, takyahlah susah2 wat roti. Beli je roti then letak cheese ngan meatloaf tengah2 dia. Saya ni tengah ada mood meroti, tu yang tetiba je keluarkan yis ngan tepung.

Kepada sesiapa yang ada penyakit nak meroti bolehlah cuba resepi ni....


Bahan-bahan



4 cawan tepung roti
1 1/2 cawan tepung gandum
11/2 cawan air
1/3 cawan mentega
1/2 cawan oat segera
2 sk garam
2 sk yis segera
2 biji telur


Untuk hiasan pada atas roti
1 sk air sejuk
1 biji putih telur
1/3 cawan oat segera.


Cara Penyediaan

Dalam periuk kecil, satukan air, mentega dan madu. Panaskan periuk, gaul sebati dan biarkan tapi jangan sampai mendidih.



Dalam mangkuk besar, satukan tepung roti, tepung gandum, oat, garam dan yis. gaul/pukul sehingga sebati.



Masukkan bahan-bahan yang dipanaskan tadi dalam mangkuk tepung dan adun sehingga sebati.



Masukkan telur dan gaul lagi.



Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan biarkan selama 1 jam.




Setelah sejam, tumbuk doh perlahan untuk keluarkan angin yang tersimpan dalam doh. Bahagikan doh kepada 8 bahagian. Uli doh dan bentukkan bulat memanjang (lebih kurang 6 inci panjang).



Susuh doh atas dulang pembakar. Tutup dengan plastik sekali lagi dan biarkan sejam.




Setelah sejam, panaskan oven 190 darjah. Pukul putih telur dan air sejuk. Sapukan atas permukaan roti.




Taburkan oat.




Bakar roti selama 20 minit atau sehingga masak.



Roti anda telah siap untuk diletak inti.




Selamat menjamu selera!

8 comments:

Don't Afraid to Try said...

hi dear,

sy dh try resepi roti honey oat ni...sedap sgt...terima kasih yer...jemput singgah my blog tengok..http://mytravelmyfood.blogspot.com

weezana said...

Hi, terima kasih kerana sudi melawat dan cuba.. nnti saya melawat ke sana pula.. :)

Unknown said...

Salam sis... sy nak tny... bahan2 y dipanskn 2 kena tunggu sejuk dlu bru blh campur dengn tepung...atau blh campur terus masa pns2.

weezana said...

Hasmiza,

Boleh campur masa panas2..

Sis Fiza said...

As salam dear.. sis baru try resepi ni ari ni.. Nk ckp terina kasih sebab share.. steps simple.. senang follow.. dan hasilnya success! Thanks dear 😀

weezana said...

wassalam Sis Fiza, alhamdulillah..

Unknown said...

Jika tiada tepung roti boleh gantikan dgn tepung lain tak.

weezana said...

Tak boleh. Kena guna tepung roti atau high protein flour.