Thursday, December 1, 2011

Step by Step... Krim Kastard



Di sini saya nak berkongsi cara mudah untuk sediakan krim kastard. Krim kastard ini sesuai digunakan sebagai filling untuk cream puff dan garisan pada potato bread (resepi potato bread klik sini ).

Bahan-bahan 

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

Cara Penyediaan

Campurkan tepung, tepung jagung, gula dan susu segar ke dalam periuk kecil. Masak dengan api kecil  dan kacau supaya tidak berketul-ketul.




Masukkan telur dan kacau lagi hingga pekat.




Tutup api dan masukkan mentega. Kacau hingga sebati. 


Dah siap pun Krim Kastard. Senangkan!



No comments: