Monday, December 12, 2011

Step by Step... Curry Puff




Kalau anda suka makan karipap tapi malas nak menguli dohnya, jawapan kepada pemasalahan anda adalah puff pastry. 

Oleh kerana saya tak nak uli doh, jadi saya pun nak buat karipap guna puff pastry. Jadi saya dapat menjimatkan masa dan tenaga. Jom kita mulakan Step by Step.. Curry Puff...

Bahan-bahan

Sebungkus puff pastry jenama Kawan (40gm ada 10 keping)
200gm daging lembu cincang


Dalam ni ada 4 ketul, pakai seketul je.


160 gm kentang (lebih kurang sebiji saiz sederhana)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 paket serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
1 batang daun kari (diambil daunnya sahaja)
1 batang kayu manis (kecil)
2 kuntum bunga lawang
2 biji cengkih
1 biji buah pelaga (ambil bijinya sahaja)


Cara membuatnya.

Kena siapkan inti dulu. Potong kentang saiz dadu (kecil2) dan rebus sehingga empuk.



Kisar bahan-bahan berwarna merah. Panaskan minyak dalam kuali/periuk dan tumis bahan kisar, kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga dan daun kari.



Setelah berbau wangi dan agak kekuningan, masukkan serbuk kari. Kacau.




Masukkan daging. Kacau lagi.




Setelah daging masak, masukkan kentang. Kacau sehingga kari agak kering sebelum matikan api.





Sekarang inti dah siap, boleh alihkan ke dalam mangkuk. Keluarkan puff pastry daripada peti sejuk. Biarkan pada suhu bilik. Tapi jangan biar lama-lama nanti lembik dan susah dibentuk.



Ambil sekeping puff pastry, kalau rajin canai sedikit supaya lebih leper. Kalau tak rajin tak payah.




Letakkan 2 sudu kecil inti di tengah-tengah puff pastry.




Lipat segi tiga, cantumkan dan tekan tepi puff guna jari.




Tekan lagi dan kali ni guna garfu untuk pastikan inti tak keluar.


guna garfu

dah siap ditekan

Ulang sehingga puff pastry habis. Kalau inti lebih, boleh simpan dalam peti sejuk, tahan seminggu dua.

Susun curry puff atas loyang pembakar yang digris.





Panaskan oven suhu 200 darjah. Bakar puff pastry dalam 8-10 minit.




Dah siap pun. Mari makan curry puff dengan hot chocolate!




No comments: