Sunday, December 4, 2011

Step by Step... Carrot Cheesecake



Rasa macam dah lama je tak buat kek! Jadi, hari ni pagi2 lagi dah berazam nak buat kek. Kebetulan pula semalam baru beli 4 ketul cream cheese. Sejak dari malam tadi asyik terbayang-bayang je nak buat cheesecake.

Tapi nak buat cheesecake apa ye?

Bila buka peti sejuk terpandang pula 3 biji carrot. Nak buat carrot cheesecake la. Dulu pernah buat sekali, hmmm ni kali kedua la nampaknya. Jom kita lihat apa bahan-bahannya!



Bahan-bahan

Bahan A

250 gm cream cheese
150 gm mentega
230 gm gula castor
5 biji telur

Bahan B (diayak bersama)
230 gm tepung gandum
1 sk baking powder

Bahan C
50 gm parutan lobak merah - perah dan buang air (lebih kurang sebiji carrot)
1 sk esen vanilla
1/4 cawan kismis
1/8 cawan badam cincang
(boleh juga tambah kekacang lain seperti walnut tapi tempoh pembakaran akan berubah sedikit)

Bahan D (Topping)

250 gm cream cheese
100gm mentega
100 gm gula icing
1 sk perahan lemon


Cara Menyediakan

Putar Bahan A hingga berkrim. 




Masukkan gula castor dan pukul lagi hingga kembang.



Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.



Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.



Masukkan parutan lobak merah, kismis, badam dan esen vanilla. Gaul sebati menggunakan senduk.




Masukkan ke dalam loyang dan bakar secara water bath (bain-marie) rujuk sini untuk mengetahui lebih lanjut kaedah bain-marie ini. Bakar pada suhu 170 darjah lebih kurang 55-60 minit/ sehingga masak.

sebelum bakar

sudah masak

 

Penyediaan Topping

Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan putar hingga sebati.



 
Sapukan atas kek setelah kek sejuk. Saya gunakan garfu untuk mencorakkan sedikit kek ni. cuma garis2kan je guna garfu.


Sebelum diletak topping

Selepas diletak topping

Kek perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum boleh dipotong.

Kek ini sangat berkrim dan sedap. Baunya wangi dan rasa kekacang dan kismis melengkapkan lagi kesedapan kek ini.


No comments: