Tuesday, December 27, 2011

Step by Step... Butterscotch Blueberry Finger Buns

Semalam kami sekeluarga mengunjungi My Dad kat Paroi, NS. Sungguh lama kami tak balik NS. Kampung My Wan (orang nogori panggil nenek `wan' atau `uwan') kat Kuala Pilah lagilah dah lama kami tak bertandang. Kali nipun tak sempat nak balik ke Pilah, cuma sempat tengok My Dad kat Paroi je lah.

My Dad pun dah banyak kali tepon suruh balik. Yelah dia dah rindu nak tengok cucu. Akhir sekali dia jumpa Khayra ngan Hasya pun masa Khayra baru umur 2 hari. Dia umpan kami dengan durian dan rambutan. My Dad cakap dia ambik durian n rambutan kat rumah My Wan di Pilah.




Oleh yang demikian, kenalah balik juga walaupun Hasya tak berapa sihat (makin tak sihatlah nampaknya sebab akan pekena durian).

Tetiba je saya jadi buntu idea untuk bawa buah tangan untuk My Dad. Nak buat cheesecake, takde pulak stok cream cheese. Nak buat puding, asyik bawak puding je untuk My Dad.

Tetiba lagi, teringat Encik BM250 yang sedia berkhidmat pada bila-bila masa tu. Maka, apa lagi, belek resepilah nampaknya.



Untuk My Dad


Dari hari tu lagi dah bookmark blog Ros Jintan Manis. Macam-macam resepi Puan Ros ni cipta. Resepi roti dia pun banyak. Dalam banyak-banyak resepi tu, hati saya sangat terpaut dengan resepi Butterscotch Blueberry Finger Buns. Saya ni kalau dengar `blueberry' memang boleh ketar lutut juga sebab suka sangat dengan rasa blueberry tu.

Roti Butterscotch Blueberry Finger Buns dah la cantik jelita, sedap pulak tu. Dah la sedap, lembut dan gebu, awesome lagi! Kesimpulannya memang best bangatlah bun ni.



Resepi hebat ini dari Ros Jintan Manis yang terer meroti.


Bahan-bahan

370gram tepung roti (tepung high protein)
80gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
1 sudu kecil butterscotch@esen vanila (saya guna esen vanilla)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin (saya guna mentega)
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
160ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver (saya letak bread improver)
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula

(untuk topping, sedikit blueberry filling yang dimasukkan dalam platik bersih dan gunting di hujung nya supaya senang untuk di jalurkan atas bun ini nanti)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)


Cara-caranya ( Doh Roti)

Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh skip steps yang berwarna biru di bawah. 


Semua bahan masuk dalam BM


Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.


Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit.




Selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan memanjang, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.







Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.


Gliss permukaan bun dengan egg wash dan jalurkan dengan blueberry filling.




Dapat 21 ketul bun

Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang. (mungkin sebab bun saya kecik2, jadi saya bakar 11 minit je). Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya.


Dah siap!

My Dad sangat happy dengan Bun yang cantik tu. Saya pun happy sangat sebab dapat buat resepi yang best. Terima kasih sekali lagi buat Ros Jintan Manis!




2 comments:

Unknown said...

Mohon share resepi ye..Nampak sedap dan menyelerakan.

weezana said...

Silakan Kasih Ibu.