Tuesday, December 6, 2011

Kuiz Cabaran Minda: Hah?



Semasa merujuk sesetengah barangan, apakah kata nama yang anda gunakan?
Soalan Kuiz:

Adakah anda gunakan kata nama `jenama' atau kata nama `am' (generic)?
(Hah, hapakebenda nih?)


Untuk lebih jelas, sila lihat contoh-contoh perbualan di bawah:


1. Mak Limah: Dah habis pula Colgate kat umah ni. Ani, kalau pergi kedai, tolong belikan Colgate ye?




Realiti: Mak Limah tak pernah guna pun ubat gigi jenama Colgate. Mak Limah merujuk jenama `Colgate' sebagai ubat gigi. Ani (anak dara Mak Limah), automatiknya dah tahu yang dia kena belikan ubat gigi jenama Mukminah Suci Murni yang mana menjadi favorite mereka sekeluarga.


2. Sofiah: Julia, I nak tanya sikit ni. I tengok anak you tak ada ruampun. Anak you pakai Pampers jenis apa?



Realiti: Pampers yang Sofiah maksudkan adalah lampin bayi. Sofiah merujuk jenama Pampers sebagai satu kata nama am bukannya jenama. Maka, Julia bolehlah jawab begini:

Julia: I pakai pampers yang jenama Pampers tu la (wakaka, kelakar kan?)

3. Rina: Balik keje nanti, tolong belikan sepeket Mauripan ye?
   Samad: Ok.


Realiti: Samad tahu yang Rina suruh dia beli yis. Kalau Samad beli yis jenama lainpun Rina tak kata apa. Cuma jenama Mauripan ni la yang paling femes.

4. Chef Husin: Resepi biskut ini perlu guna sekotak corn flakes.





Realiti: Hampir semua orang akan beli corn flakes jenama Kellogg's walaupun ada je cornflakes jenama yang lain di pasaran.


5. Nazmi (tidak ada kena mengena dgn footballer Rimau malaya tu): Eh, ada lagi tak stok Maggi kat umah kita?



Realiti: Kat umah Nazmi takde stok Maggi. Yang ada mi segera jenama Sedap Sangat je. Nazmi merujuk Maggi kepada kata nama am Mi Segera.

APA YANG BERLAKU?

* Jangan berasa hairan kerana perbualan-perbualan di atas adalah sesuatu yang mungkin pernah berlaku kepada anda. Dan, ini adalah normal.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah diri kita yang telah dipengaruhi oleh pengiklan. Kita sebagai pengguna telah dipengaruhi secara tidak sedar mahupun sedar dengan jenama-jenama tertentu. Si manufacturer ni pula, mahukan kita semua setia pada jenama mereka. 

Satu kajian yang dibuat oleh Fisher, Schwartz, Richards, Goldstein & Rojas (1991) mendapati lebih 90% kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun mengenali logo `Disney Channel'. Malah kanak-kanak sudah boleh mengenali logo tertentu sejak berusia 2 tahun lagi (Valkenburg & Buijzen, 2005). 

Justeru, tidak hairanlah jika Mak Limah merujuk Colgate sebagai Ubat Gigi meskipun ubat gigi yang dimaksudkan olehnya itu bukan Colgate. Kalau bebudak umur 2 tahunpun tahu pasal brand, inikan pula Mak Limah yang dah 72 tahun. Bertahun-tahun impak ads tu yang ditanam dalam minda Mak Limah.

Akhir kata saya hulurkan petikan daripada Autherland & Thompson (2003):

"Keeping brands young is critical for the long-term health of the brands. Businesses need to plan ahead and nurture the brands and customers of the future."

Sekian.

No comments: